textbergerak

HAI ! haneyz here ! selamat datang ke blog si Gadis tudung merah ! kenapa merah ? kenapa tak kuning ? pink ? biru ? (kau sibuk apehal) sebab merah is the only one my favourite colour and my crush:) so enjoy ! kasi havoc dekat sini. WARNING!!! dont't you dare to kutuk2 dekat sini , *angkat kening* haha , gurau je ! peace yow:D !

Sunday, 30 March 2014

I CRUSH ON HIM since 2011 :)

ASSALAMMULAIKUM bloggers :)

lama tak update blog !*hah! klishe* so, macam mana cuti sekolah seminggu ? best ? seronok ? pejam celik pejam celik esok dah sekolah :) tak sabar nak pi sekolah esok ! hahahaha -_- *sangat* so, memandangkan hari nie ada peluang nak update blog tapi takdak story nak mory kat sini, NH nak cerita sikit pasai NH punya CRUSH <3 aummmmm >.< nama dia REZA (bukan nama sebenar) tapi NH suka panggil die MONSTER JIE ! sebab perangai dia macam MONSTER yang suka kacau and mengata kat NH ! hihihihihi... 

sapa dekat sini ada crush ? *angkat tangan cepat!*setiap orang mesti ada kan, even budak form 1 yang baru nak UP sebelah NH nie pown ada . tak kan korang tak dak kan! bagi yang belum tau CRUSH tu apa,meh sini NH nak habaq. CRUSH nie sejenis binatang berkaki 4 hidung besar. haha *kidding* CRUSH nie someone yang kita minat/ admire dekat dia dalam diam2 . kebanyakkan GIRLS la yang ada CRUSH nie termasuk NH and budak sebelah NH nie, salwa (bukan nama sebenar)haha ! *dia angkat kerusi dah budak nie*

nak dijadikan cerita, NH minat kat dy sejak form 2 lagi dia form 5,sama umur ngan abang NH. lama kan NH minat kat dia, sanggup tunggu  dia, and yaaaa NH single sampai sekarang bukan sebab tunggu dia tapi tak minat kapel2 nie. NH pernah kapel last year ngan sorang mamat nie nama IMRAN (bukan nama sebenar) tapi terkantoi pulak ngan abang NH ! nasib dia tak marah, dia siap baca mesej NH ngan imran tu ! MALU taw dak. abang NH tak marah cuma dia nasihat ja suh cari pakwe yang elok sikit perangai. jangan cari yang suka ambik kesempatan , eheem2 faham2 je la ye :D so, NH kapel ngan dia pown tak sampai sebulan. sebab apa? dia buat perangai ka? nooooo.... bukan dia tapi NH sendiri, *hahaha, jahat tak?* NH yang mintak break, sebab dia ada adik angkat. perempuan mana yang suka kalau pak we depa ada adik angkat kan! lu pikir la sendiri bro ! mula2  adik angkat last2 terangkat jadi mak we angkat ! hurh ! lagi pown NH tak selesa la kapel2 nie, sikit mesej, buat buang duit ja. cuba la duit tu sedekah dekat masjid simpang sanglang ka, masjid kuala sanglang ka atau yang sama waktu dengannya... kan ? bila NH kapel ngan orang lain, NH still lagi ingat kat REZA, NH rasa bersalah .macam NH nie curang ngan dia. *tewww ayat !* haha... 

Serius NH cakap Reza nie la yang paling lama NH minat selepas sorang budak lelaki yang NH minat dulu masa form 1 *bila pikir2 balik rasa menyesal minat kat dia, ramai yang kata dia PLAYGROUP eh PLAYBOY -_-* Reza nie nak kata handsome boleh la muka dia macam...


REZKY ADITYA !!!!

tapi... itu dulu, sekarang hurmm... jauh panggang daripada api! dia dah tak se"handsome" dulu. dia sekarang chubby sikit. hehe,macam NH. hahaha, ramai cakap NH dah gemuk *sedih* macam REZA *happy balik* haha. kalau ada sinetron yang mamat atas nie berlakon memang NH tak pernah miss. sekarang nie kan kat ASTRO PELANGI ada SINETRON YUSRA DAN YUMNA yang dah ulang berapa ratus kali tah. walaupun cerita dia bosan tahap dewa,yang ulang benda yang sama kadan2 boleh buat kita gila dengan jalan cerita dia. NH tetap kentalkan jiwa semata2 nak tengok REZKY ADITYA yang muka dia sama macam reza ! and... dalam fon NH penuh gambaq reza ja.hew hew, setiap kali dia upload gambar dalam FB ! nie dia manusia pertama yang download letak dalam fon. *tepuk dada, bangga!* haha. even gambaq umah dia pown NH simpan! mampu kau! hahahaaha. yesss ! i'm a stalker :) just him okayyy 

boleh dikatakan setiap hari la *kalau ada moto* NH suka lalu depan rumah dia. heeeee... saja nak cuci mata. pepatah ada mengatakan "kalau dah suka kat seseorang tu,dapat tengok pintu rumah pown jadi la" haha. setuju sangat sapa yang cakap macam tu. at least boleh lepas rindu kan. hehe... tapi, yang tak best nya kadang2 dia ada kadang2 tak dak. dah macam chipsmore lak. heeee... tiap2 petang kalau tak mampu nak pi sampai rumah dia NH just pi ja kat tandop hujung sana. dia dok ada main wau ngan kawan2 dia. kadang2 dok kat CC belakang umah NH malam2 . pagi baru balik. dah macam burung hantu ! hurh! tiap2 petang dia suka main futsal, wahhhh part nie yang melting tengok cara dia main bola. so macho ! 

haaa.. semalam NH baru ja nampak dia lalu depan rumah. apa lagi usha panas lerr... kalau NH dok cakap telefon mesti dia akan tegur *haaa... keja cakap telefon ngan pak we* haha ! angau seminggu beb. haha , berbunga2 hati den. sapa yang tak syok kan kalau CRUSH dia tegur an ? part yang sedihnya, dulu dia ada awek, siap bersayang2 lagi dalam FB! perasaan NH waktu tu hanya ALLAH yang tau *tak la sampai menangis meraung bagai macam drama kat tb tu!* NH waktu tu just pikir "ohh... dah ada awek rupanya. baguslah semoga bahagia* and tanpa berfikir panjang NH terus unfriend ngan dia dalam FB *tak sanggup nak block. hehe*masa tu NH dok kat rumah mak NH kat SP, tak dak sapa lam rumah sempat la jugak menjerit kekecewaan ! haha. ~patah lah hati ku...merajuk lah diri~ FB pown NH jarang bukak waktu tu dalam sebulan rasanya. tak sanggup nak menanggung kesakitan.perhhh! and bila dah bersedia, baru NH beranikan diri nak bukak, bila bukak~ JENG~JENG~JENG~ dia ADD NH pulak ! wahhhh *berbunga2 hati den* tapi...wait2 dia dah break ngan awek dia YESSS ! *HAHAHA kejam gila NH * macam taw2 ja NH dok syok kat dia. tapi xkan kod dia tau kan. so, NH just think positive yang dia saja2 ADD bukan sebab nak "tackle" NH . whahahaahaha . so perasaan kamu NH! 

yang tak boleh blah lagi, bila Birthday NH tahun 2012 . waktu tu kawan2 NH prank NH baling tepung depan rumah NH, ( KIEYRA N FATEN) boleh pulak mamat tu lalu, paling cannot go dia boleh pulak gelak. masuk2 rumah tengok cermin terus "YA ALLAH muka aku ! buruk gilerrr ! hantu tepung!! malu arghhh!!!" *sembunyi muka dalam selimut* hehe. tahun lepas NH ada la buat kenduri sikit2 untuk birthday NH, tak sangka dia mai ! yesss ! pakai baju sama kaler pulak tu BIRUKUNING , Mula2 ingat tak mai dah tunggu punya tunggu mai gak, dia la yang paling lewat mai. buat suspen ja! siap usha beb waktu tengah makan.hewhewhew.

todiaaa,,, entry kali nie paling panjang kod. dah macam karangan tingkatan 5 format SPM lagi. haha, sikit lagi nak story. paling NH suka bila NH pakai baju sama kaler ngan dia <3 and dia senyum kat NH ! automatic NH akan nyanyi lagu ~alangkah gem...bira hati~ lagu yang jep suka nyanyi. hehe ! so, dah penat menaip entry yang bapak panjang nie. NH nak layan OPERA VAN JAVA kejap . nak release tension.haha, so bye ! love my MR MONSTERMINE CAPITAL R <3


WHEN YOU HAVE A CRUSH ON SOMEONE,
YOU NOTICE EVERY SINGLE DETAIL ABOUT THEM,
NO MATTER HOW SMALL.
AND WHEN THEY DO SOMETHING FOR YOU,
YOU FEEL SO TOUCHED,
NO MATTER HOW SIMPLE IT WAS :)

SETUJU SANGAT !!!! HEHE bye ADIOS AMITOS ! :)

Saturday, 22 March 2014

Kerja Kursus Seni yang sangat meng-stresskan :(

ASSALAMMUALAIKUM :(

hai ! *update blog sambil layan karoot komedia x*
nampak tak muka sedih atas tu ? haaa, nie yang nak habaq nie. budak atas nie stress ngan kerja kursus seni, tuisyen, homework and... hurmm. macam2 !

sebelum tu, mari kita sama2 doakan keselamatan kawan NH ABID SYAMIL yang akan menjalankan pembedahan pada hari ni , AL-FATIHAH. dia kena bedah sebab jantung dia masuk air dan paru2 ada ketumbuhan, NH tak sempat nak melawat dia sebab dia dah kena transfer pi hospital kat penang, harap dia cepat sembuh dan boleh ambik SPM tahun nie, aminnn... :)

NH, DEQJAR AND ABID
bercakap pasai kerja kursus seni pulak, NH baru siap lekat2 gambar dalam folio. sekarang nie NH dalam proses nak melukis, pas tu buat model. wahhhh ! memang stress lah, dengan tuisyen tiap2 hari. genaaa tu ? :'( tadi NH pi tuisyen cikgu tolong la sikit2, bagi tau cara2 nak buat, dia punya plan, konsep lanskap bagai . kawan2 NH ada yang ambik tugasan buat tabung. NH sorang ja la yang ambik tajuk lanskap sebab depa cakap tajuk nie bapak susah !

Kelas start pukul 8 pagi sampai 10 pagi, bangun lewat punya pasai sampai tertinggal pencil box ngan helmet ! haha, makan tak yah cakap la memang tak sempat. nak cepat kan. esok pulak ada tuisyen BI kat kangar. huaaaa... sampai jumaat la tak ley rehat. petang kena buat kerja kursus ! malam nak tengok tv ! hahaha , sabo je lah jah ! dah la 2 hari tak nampak crush, rindu tahu tak ! *eh bukan kemarin dah nampak dia main bola ka ? hehe, melting gila tengok cara dia main bola, kasut dia bapak smart! jeles tak boleh beli. mahall kau tahuuu.. haha * merepek sudah...

okayy,, NH target cuti sekolah nie kerja kursus NH dah siap untuk yang lukis2 punya tu. alaaa... yang lukis dia punya plan konsep. kena lukis pokok2, hiasan lanskap and what so ever !


PENCIL BOX YANG MERAH TU BUKAN YANG NH OKAYY, YANG KAWAN NH >.<


my folio , sangat tak kemas !



Nie la group yang ambik tajuk buat tabung tu , rajin kan depa. hehe
layan youtube ngan FB ja yang lebih :P KANTOI !



so, setakat nie je ! nak continuee I punya homework yang tinggi bak gunung everest  kata ko ! nanti kalau ada masa , ada tenaga ada laptop NH update lagi lah ye.bye2 !

ADIOS AMITOS , BONJOU :) 
#PRAY FOR  MH370 :)

Friday, 21 March 2014

Story si mangsa SPM 2014

holla , assalammualaikum :)

lameww  tak hapdate  blogg I nie ! so miss my blogg *ayat gedik,mohon lempang budak nie laju2* haha ! so haii ! sebelum tu... *duduk atas bukit sambil jerit*...

YEAYYYY !!!CUTI WOII CUTI ! HAHAHAHAHAHAHA!

tapi, itu hanyalah ayat untuk budak2 form 1-4 sahaja :(,bagi kakak-2 dan abang-2 form 5 nie ... REDHA JE LAH ! cuti macam tak cuti , tuisyen memanjang. setiap hari pulak tu,huuaaaaaaaaa *lap air mata* macam ni rupanya perasaan kakak2 dan abang2 form 5 yang lepas2 , so streesssss...ahaks ! baru nak rehat kat rumah tup2 tuisyen lah pulak -_- *sabar je lah NH*phewww 

NH bukannya nak mengeluh ka apa, tapi penat ja *eh macam sama jew* heeee, kan best kalau cuti ja tak dak tuisyen, homework,and so what ever , baru boleh enjoy kan . haha ! pemalas bebenor budak nie. bila NH mengadu kat mak NH , she said "alaaaa... tahun nie je u'oll nak study, SPM cek oiii SPM, bukannya UPSR. *sambil potong bawang* " haha ! memang padu la advice mak NH nie. bila mengadu kat my dad... "pulun noh, tak dapat sijil aku  bagi hang menikah " haaaaaa.... todiaaa ! lagi padu ! terbaikk encik MAT SERI punya nasihat. hahahaha...

so, the moral of the story is belajar la sungguh2 sampai boleh masuk UNIVERSITI dan dapat membanggakan ibu bapa anda ya kawan-2 :)*kenyit mata* so, esok sabtu ! esok NH ada tuisyen SENI , and bercakap pasai seni, tak tau pulak yang seni pown ada kerja kursus untuk form 5  *ketinggalan kau jah!* untuk seni NH ambil tugasan 1, buat model landskap balkoni rumah pangsa, and NH la the  only one student form 5 yang buat tajuk tu , *bangga seketika* haha, tapi... cikgu macam tak support ja :( huhu, siap tanya lagi "kamu betul ka nak ambik tajuk nie ? susah nak buat model dia tau dak" see? kod nak kasi support  kat kita yang excited nak buat tajuk tu. hurh ! kebanyakkan kawan2 NH pilih tajuk sarung buku la yang paling senang, NH bukan tak mau ambik tapi tak minat. apa salahnya ambil tajuk yang susah2 sikit kan, kan tahun nie last. *confident habis kau!*

kawan2 NH siap tanya "hang biaq betul hanis  oii, tajuk nie susah kod, sat g menyesal baru hang tau" wei hampa tak bagi semangat langsung kat aku .:( sedihhh. kalau NH tak confident buat apa NH nak ambik tajuk tu, sebab NH confident boleh buat la, and cikgu kata kena rajin la kalau nak buat tajuk  tu, jangan nak buat  hangat2 tahi ayam ja :) 

haaa... NH sekarang nie dalam proses nak buat novel, just untuk suka2, baru siap bab 2 :( susah nak olah cerita dia. nak tulis pulak kena ikut mood, kalau mood ok seronok la nak menulis. tapi kalau mood down nampak pen pon rasa menyampah >.< kalau NH ada masa NH post dekat entry yang akan datang k :) dalam pada kesibukan nak menunggu ketibaan SPM yang sangat tertekan, ada kegembiraan tau tak *aiceehh ayat bukan main* hehe, awal bulan 5 nie NH na pergi lawatan ke Taman Negara kat Pahang :) boleh release tension sikit , memang lambat lagi sebab sekarang baru bulan 3,pejam celik pejam celik dah bulan 5 . tadaaaaa pahang mung tunggu aku datang ! hahaha

and, esok maybe NH nak daftar lesen :) sebenarnya malas gila nak ambik lesen nak kumpul duit beli handfon baru. dah bohsan guna corby !hurh. *nampak sangat yang NH nie tak bersyukur kan* nie nak habaq mai la sat noh, dulu waktu darjah 5 kalau tak silap, baru beli handfon 3310 yang lampu hok kaler biru tu seronok tak sangga melompat sampai ke syiling and sanggup tak pi sekolah semata2 nak main game ular dekat fon tu. hahaha! bila ingat balik rasa nak tergelak sorang2, XD tapi sekarang nie nak jumpa orang yang guna 3310 pown susah nak habaq mai, budak tadika yang hingus meleleh pon dah pandai main i-pad okayy. maju tak MALAYSIA ? hah ! kami dulu-2 mana main i-pad, main pondok2 je pown ngan kawan-2. ye dop ? hahaha. okayy dah melalut dah nie -_- mak NH la yang suruh NH daftar lesen dulu, nanti senang nak pi kerja sementara tunggu result SPM, so terpaksalah batalkan niat nak guna SAMSUNG GALAXY NOTE 2 sekejap ! huwaaaaaa :'( 

okayyla... setakat nie je la entry NH kali nie :) nak sambung buat kerja kursus seni and homework yang bertimbun-timbun dalam beg tu :O bye :*

ADIOS AMITOS , BONZOU :)
Copyright© All Rights Reserved loveletterformycrush.blogspot.com