textbergerak

HAI ! haneyz here ! selamat datang ke blog si Gadis tudung merah ! kenapa merah ? kenapa tak kuning ? pink ? biru ? (kau sibuk apehal) sebab merah is the only one my favourite colour and my crush:) so enjoy ! kasi havoc dekat sini. WARNING!!! dont't you dare to kutuk2 dekat sini , *angkat kening* haha , gurau je ! peace yow:D !

Sunday, 6 April 2014

Aktiviti hari nie. . .

Holla hai :)
so, how's your day ? good or bad ? *tetiba* haha!
blog aku sekarang nie dah ada CCTV! haha, so sapa2 yang nak stalk tu...jaga2
PENCEROBOH AKAN DIDAKWA. hehehehehehe
memandangkan komputer dah boleh guna selalu, aku pown rajin la nak decorate blog aku bagi lawa... heeeeeee :D lawa ke ? =p
 

and...hari nie aku pi kursus KPP untuk lesen. dari pukul 7.oo pagi sampai la 2.oo petang :/ sooo tired... aku bangun pukul 5.oo pagi iron pashmina *tetiba mood najwa latif mai,haha* pas tu sambung tido balik pukul 5.20 n bangun 5.40. macam bajet ja, 20 minit pown berkira, baca Quran pown ada faedah, kan? hehe, terlalu mengantuk sebab tu tido...sebab semalam tidor lewat!
 bangun mandi manda, mekap bagai, lilit pi lilit mai menatang pashmina tu (sambil layan MAHARAJA LAWAK MEGA 2012)... pukul 6.30 siap! todiaaa, setengah jam nak siap. haha! 

 
tadaaa..."KLON" najwa latipp!

haha! sempat lagi snap gambaq sebelum pi sana >.<
dah siap, tok ayah aku pown hantar aku kat rumah Tiekah sebab ayah dia yang nak hantar pi sekolah memandu kat beseri. (Institut Pandu Ilmu) *tak dan nak jamah apa2 makanan, pi rumah si Tiekah dengan perut kosong :/* sampai rumah Tiekah ja kena tunggu si Leyha lak. pukul 7.oo baru mai. hampeh betoiii... buat penat ja aku mai awal2, semangat punya pasal. haha! -_- naik kereta sampai dekat Tok Pulau si Tiekah nie boleh pulak terlupa bawak IC,haha...dah kena patah balik pulak... last2 sampai sana tepat2 pukul 7.30 pagi.

ayah Tiekah siap tanya nak berhenti makan ke idak, kalau tanya aku memang aku kata tak tau. aku ikut ja Tiekah. sebab mai ngan dia kan, segan la der... so, kami tiga orang berpakat nak makan kat kantin kat IPI nanti. sampai2 ja terus masuk bilik kuliah A, tak dan nak makan...tunggu rehatla jawabnya :/ AND! aku terpaksa pakai kasut sekolah hitam disebabkan abang aku yang kejam tak mau bawak aku pi beli kasut 

MACAM NIE !!! pic from GOOGLE
terpaksa la tebal muka pakai kasut. . . 

HUARRRR!!! *PIC GOOGLE*

 
KALAU KASUT NIE TAK PA LA JUGAK!


boleh bayangkan tak? 6jam aku pakai kasut nie! huhuhuhuhu... nasib baik tak dak sapa2 yang kutuk aku depan2. (belakang maybe ada kod) kalau tak, dah lama arwah kawan tu. mula2 pakai rasa macam nak merangkak sembunyi kaki ja, tapi bila dah lama2, nampak style pown ada. haha! (ayat cover malu) so, berbalik kepada cerita. kuliah start pukul 8 suku, *padahal suh mai awal, 7.30 kena ada dah* -_- penceramah yang first nie, tak tau la berapa puluh kali aku menguap. sangat membosankan! apa yang dia merepek aku pown confuse! so... bila dah bosan... apa lagi... melukis la kerja aku, daripada aku tertido kat situ baik aku melukis! hilang sikit mengantuk . dah la waktu tu tengah pakai lens, kalau tertido tak pasai2 jadi anak kassim selamat. o_O


haha, pelikk sungguh! ceramah habis pukul 10.oo pg, rehat setengah jam ja. 10.35 kena masuk balik. keluar2 ja terus celapak pi kantin... and... HAMPEH betoi!!! Kantin pown macam ngan kedai tepi jalan! memang tak layak di panggil kantin! aku, tiekah n leyha just makan nasi goreng+ayam goreng n teh O ais. semua RM4.50.sedappp la jugak, sebab lapaq tak makan apa.sadis betoiii. lepas makan pi tandas pas tu pi tengok orang buat amali moto. lawak ja tengok depa kena angkat2 tangan, lambai2 bagai macam orang gila. haha! tapi, nanti aku pown kena macam tu jugak! huhu, dah la aku nie manusia FAIL nak angkat tongkat dua "double stand".

Habis ja rehat. aku, tiekah n leyha masuk kuliah balik... bila masuk ja kuliah, penceramah pown tak masuk lagi,kami pown jalankan sesi "photographer" kami. hahahahahahahahahaha...












haha, macam2 la dua ekoq nie tangkap. gambaq leyha ja yang tak dak. sebab dia tu pemalu sikit... bila penceramah dah masuk... menguap ja keja dia, dalam kepala otak dok pikiaq..bosan! dah la penceramah cina (lelaki) nie mesti cakap melayu slank cina dia -_- . penceramah nie masuk2 ja, dok kalut air-cond hok belakang. siap suruh pebaik lagi dah tau rosak (air-cond ada dua.depanBelakang), waktu tu dalam hati aku "dia nie boleh dok mengarah macam bigboss dekat sini. tak padan ngan penceramah!" haha. bila dia start kuliah dia sebut... ASSALAMMUALAIKUM... satu kelas dengar bunyi "AIKKK ????" islam ka? muka macam cina. mualaf kod... bila dia habaq nama dia 'abdul rahim bin Abdullah' baru tau dia nie islam . paling mengejutkan, rupanya dia la BIGBOSS dekat situ, dia kena bagi ceramah sebab penceramah tak cukup kat situ.

penceramah yang kedua nie, memang lawak. aku memang tak mengantuk waktu kuliah nie. walaupun dah nak masuk tengahari, aku tak boring dengar ceramah dia. dia siap bagi tips lagi nak lulus ujian komputer :D. dia kata kalau dia jadi ketua pengarah untuk sekolah memandu dia nak musnahkan ujian komputer sebab ujian komputer nie tak penting dan hanya bertujuan nak gagalkan pelajar. aku SOKONG 100%!!! and... boleh pulak dia loyarr buruk. paling tak boleh blah dia habaq dia kenal perdana menteri dah 10 tahun. waktu tu satu kelas macam terpegun "wahhhhhh" tapi, bila dia cakap 'saya kenal PM, tapi dia tak kenal saya'-_- kuang asammm betul. hahaha! 

ceramah habis pukul 1.00 petang. test komputer minggu depan. tapi tak tau tarikh bila, kena tunggu depa call dulu. Tiekah awal2 lagi dah balik ngan ayah dia, tidak aku ngan leyha dah tumpang sekaki. tapi disebabkan tiekah ngan family dia nak kena pi kenduri dekat penang. aku kena call abang aku mai ambik... leyha balik ngan aku... dekat setengah jam la aku tunggu mamat tu mai ambik. 2.40 baru sampai. hurh! dah la panas! tadi tak pa la dok dalam aircond, sejuk sikit. masuk kereta ja dia perangat aku pasai kasut. siap tanya ada orang kata kat aku ka dak aku pakai kasut hitam. aku bohong dia kata orang dok usha aku pelik. cannot go betoii bila dia kata orang usha aku sebab aku lawa -_- lawa ka lawaKKK!

abang aku hantar leyha kat rumah tiekah sebab moto dia ada kat situ... balik ja rumah terus tido sampai tak sempat tukar baju. boleh pulak opah aku gerak suh buat kuih n layur daun pisang, tapi, aku kena buat la, anak dara weiii! lepas siap buat kuih, naik moto pulak pi kedai and ronda2 usha crush ngan si Wawa...dah la waktu tu nak hujan. haha


 gambaq langit pown tangkap. haha! gambaq atas tu dekat seberang perlis . 
balik rumah ja hujan turun dengan lebatnya... *klise ayat* nasib baik sempat balik rumah... tidak basah kuyup aku... haha! (buat teruk) so, besok ada tuisyen kat kangar. macam biasa, kena pi arr bayaq mahal2. esok kena bangun pukul 7.oo sebab kena pi beli nasi lemak. huhu. sekarang nie dah pukul 1 PAGI!!! aku tak tido lagi... 

setakat nie je la ye,. BYE adios amitos :*

P/S : hari nie pecah rekod tak jumpa crush sehari... haha >.< rindu tau dak (walaupun dia dah berpunya) =)

Friday, 4 April 2014

malam yang sunyi... Krikk Krikk

hai guys :)

MOOD : happy buat sementara sebab tengah layan Opera Van Java :D hehe...

malam2 tak tau nak buat apa, so NH just relax2 tengok tv. layan OPERA VAN JAVA (OVJ) dekat Astro BINTANG :) try tengok memang super duper double triple best plus gila2 laa... OVJ nie lebih kurang macam karoot komedia X la. tapi yang nie lagi best and lagi spontan.OVJ nie rancangan dari negara seberang (Indonesia). NH kalau tengok citer nie memang gelak tak cover dah sebab lawak depa memang tahap bangang. gelak sampai semput. kalau NH tengok OVJ ngan mR.cRush memang tak boleh nak cover2 la... hehe

OVJ nie main 2 jam, memang lama tapi berbaloi sebab BEST! pagi2 sebelum pi sekolah memang NH layan jugak. pukul 6 sampai pukul 7 pagi. tapi sempat tengok sampai 6.30 ja la. 6.35 dah pi sekolah... semangat beb! haha TAPI! AMARAN!! jangan makan nasi, kfc, mcd, dan yang sama waktu dengannya kalau tengah tengok OVJ nie, sebab dikhuatiri anda2 semua akan masuk hospital akibat tercekik sebab gelak waktu makan. paling parah "arwah baik orangnya". hahahaha... 




AZIS, PARTO, SULE, ANDRE, NUNUNG, DESTA


  atas tu pelakon2 OVJ. kalau karoot komedia NH minat JEP . OVJ NH minat Sule n Adre :) depa memang sweet suka nyanyi2 pas tu ngayat awek guna ayat2 yang boleh buat pumpuan rasa macam terbang atas awan. hahaha... OVJ tak pakai skrip pown, depa just rujuk kepada tok dalang untuk jalan cerita. kadang2 depa nie buat ikut suka ja, tak ikut langsung tok dalang. haha! yang tu yang buat OVJ nie lawak XD 

SULE DAN RIZKY (anak sule)handsome beb!
  
ANDRE TAULANY yang CUTE !!!
di sini gunung, di sana gunung, di tengahnya pulau jawa. wayangnya bingung, dalangnya lebih bingung, yang penting bisa ketawa :)
 so, kalau anda berminat jangan lupa saksikan Opera Van Java setiap Selasa dan Jumaat jam 9.00 malam-11.00 malam di astro BINTANG saluran 141 . keren banget :D

haha, dah macam promoter lak. -_- lari dari tajuk rasanya. haha"malam yang sunyi" tapi cerita pasai opera van java. haha, dunia dunia >.< esok sabtu, cuti! tapi NH kena bangun awal pukul 6.00 pagi sebab kena pi kursus untuk lesen. hurh! pukul 7.30 pagi kena ada dah kat sana. Ahad lak NH ada tuisyen BI ngan Sains. bangun awal gak pukul 7.00 pagi sebab bas pukul 9.00, balik pukul 5.00 petang...huarrrrrrrrr!!! bila yang nak cuti nie :'( huhuhuhuhuhuuuhuhuhu.... nak masuk tadika balik arrr :/ kerja kursus SENI keharam tak lukis apa. bawak balik tapi dok berhabuk dalam almari. huuuuu... Isnin ngan selasa balik lewat pukul 5.00 sebab ada kelas tambahan kat sekolah. tiap2 minggu pulak tu.

Rabu ada koko. balik pukul 4.00... khamis ? balik pukul 2.40 tapi kadang2 ada sukantara la pulak. kena mai sekolah balik pukul 4.00,pukul 6.00 baru balik. jumaat ? jumaat ja la yang nak rehat waktu petang :'( tak apa la . last year nak sekolah, nie la pengalaman budak2 mangsa SPM 2014 :D

ohhh, tadi nampak crush main bola :) tapi dah tak bermakna apa2 sekarang, sebab dia dah di'taken' oleh seorang perempuan yang bertuah :') tapi. ambik masa sikit nak lupakan dia ! i must strong! k bye... adios amitos :|

P/S : trying to forget my CRUSH ! can I ? =)

semalam mimpi CRUSH :D tapi. . . :'(

assalammualaikum ! hai :')
mood : tak berapa baik sikit :/
dengan cuaca yang panas meruap2 ditambah pula dengan sakit hati ! hurh! menciiiiii....

JUST NOW : mR.cRush lalu *pakai baju kaler biru tua* pi CC belakang rumah. empat kali beb wa cakap dekat lu. hehe :D

semalam baru ja mimpi pasal my capital R, dalam pukul 5 pagi macam tu la... NH bangun 4.30 pagi tadi nak iron baju sekolah *tabiat suka iron baju pagi2, malam malas nak iron!* pas tu pukul 5.00 NH sambung tido balik n kunci jam pukul 6.00. tak terpikiaq pown nak mimpi dia. maybe terlampau mengantuk kod. nak dijadikan cerita...

NH keluar pi kedai ngan kawan NH si WAWA. bila sampai rumah ja mula2 NH nampak cikgu seni NH. pelik la jugak kan dia buat apa mai rumah NH, tak kan nak kutip kerja kursus ? -_- tapi, normal la kan. mimpi... maybe NH terlalu risau sebab NH tak siap lukis2 lanskap and takut kena marah sebab tu cikgu badrul muncul jadi extra. haha! bila NH masuk rumah ja cikgu tu hilang. watak cikgu NH mati secara mengejut. 

muncul la si jejaka idaman hati NH. punya la terkezuttt bila dia tunggu NH depan pintu rumah. siap senyum lagi. OH MY! *melting* so, NH just ingat yang dia saja2 mai nak jumpa abang NH maybe. tapi, abang NH tak dak pulak. pelikkk. and situasi tu dalam waktu pagi kodd. sejam sebelum NH nak pi sekolah. dalam hati lega tak sangga sebab NH dah bangun,mau nya dia mai waktu NH dok  tido lagi tak ke-malu den, hehehe. so, waktu tu dalam rumah just ada NH,WAWA N CRUSH NH. yang lain2 tak tau pi mana,maybe tido or keluar joging >.< kan time tu waktu pagi.hehe.tinggal kami bertiga ja,kalu berdua dah sah2 kena kahwin free. hahaha! gediksss!!!

bila dah ada depan mata, apa lagi jantung jadi dup dap dup dap. NH buka TV waktu tu, so dia just tengok tv n si wawa nie pulak yang over excited. asyik usha je mamat handsome tu. NH pulak tak pandang dia langsung,nasib baik waktu tu NH dah lengkap beruniform. tunggu nak p sekolah ja. si wawa cakap mr.cRush curi2 pandang NH. dalam hati wahhh bestnyerrr... tiba2 mr.cRush tanya "awal pi sekolah" GULPPP!*telan air liur* pandang kiri kanan depan belakang. dia cakap ngan aku ka? hahaha. tetiba ja blurrr...so, NH just cakap "ha'ah semangat la katakan" *senyum* hehe.

lepas tu si wawa pulak bisik kat NH "hang tak mau bagi balik ka sijil PBSM dia tu ? kata nak bagi" alaa... sijil kem PBSM mr.cRush waktu form 5 (2011) dulu. NH sama uniform ngan dia. hehe! sijil tu kawan NH si AWANI yang kasi. dia jumpa dalam fail apa tah. so, dengan beraninya NH p kat dia and cakap. "kat aku ada sijil hang yang kem PBSM dulu, hang nak dak? kalau aku simpan bukan boleh duit pown. mana la tau boleh dapat keja ka guna sijil tu" haha! agak kurang asam ayat di atas tu. *panggil hang-aku ja, tak kan nak panggil saya-awak!? rasa macam nak hantuk kepala kat dinding ja kalau panggil macam tu -_- dia angguk ja. so, NH punya la punggah (selongkar) almari buku2 NH nak cari sijil dia dengan gelabah sampai semak samun jadinya almari NH tu, and... akhirnya jumpa. NH bagi kat dia. dia cakap "trima kasih :)* waktu dia pegang baru perasan yang NH silap ambik sijil kawan NH si MIMAYS , haha! *tepuk kepala* NH rampas terus dan dengan selambe nya cakap. "nanti la aku bagi lepas aku balik sekolah, silap ambik " hehe 

mula2 dia macam nak tanya tapi tak jadi,so dia just angguk. tetiba dia cakap dia dah nak balik. sedih waktu tu dia dah nak balik. and dia cakap "petang nie aku mai balik *sambil kenyit mata* haha! senyum tak sangga arr... so, dia pown balik. yang herannya si wawa nie hilang tiba2, and mr.cRush mai rumah bukan sebab nak jumpa abang NH... sebab nak tengok tv? or jumpa NH! ehem2 ,heeeeee... NH sempat lambai tangan kat dia and guesst what? dia flying kiss beb! huaaaaaa *pengsan mak!* tiba2... kringgg!!! kringg!!! alarm fon pown bunyi, sekolah time. bila bangun ja "alaaaa...mimpi ja ka, hampeh" tapi best (Y)
hahaha, nak mimpi mR.cRush lagi!!!

tadi NH stalk FB dia. ex GF dia update status 

atas restu allah ku mencintai dirimu <3
R <3 F

huarrrr... ini bermakna dia kapel balik ngan EX dia. hurmmmm..... siap ber"miss" i love you bagai kat wall. sakit pulak hati titew nie :/ tapi... kalau dia bahagia. NH pown bahagia (mungkin) I TRY MY BEST TO FORGET HIM. TAPI!!! pepatah ada mengatakan sedangkan moto orang kita boleh kebas, inikan pulak pak we orang haha ! ayat jahat... but,  Who am I to stop his happiness :'( hanya mampu berdoa dan tawakal. hanya DIA yang tahu siapa yang terbaik buat kita :')

dear my Capital R...
hanya mampu melihat awak dari jauh :) bila awak tengah bercakap dengan kawan2 awak, saya akan usha awak dari jauh. bila awak perasan yang saya tengah usha awak, awak akan pandang saya. waktu tu saya akan buat2 tak nampak awak :( saya takut kalau awak tahu tentang isi hati saya... i hope you happy with your love, saya doakan awak kekal dengan dia. :D

PEMINAT SETIA AWAK,
HANEYZ

SENYUMAN YANG SAYA NAK KASI DEKAT AWAK SETIAP KALI SAYA NAMPAK AWAK :) TAPI... TAK PERNAH KESAMPAIAN. MULUT SAYA SEOLAH-OLAH TERKUNCI :/ BERDEBAR BILA NAMPAK AWAK :D



so, setakat nie je la. rasanya dah panjang berjela dah nie. malam nie sambung lain. k bye ! adios amitos :*   

P/S :orang kata kalau kita mimpi kat orang tu, orang tu rindu kat kita ! betul ka ? kalau betul... ~alangkah gem...bira hati...~ hehe :D 

 

Thursday, 3 April 2014

update Time !

Assalamualaikum . . . holla ! :)

so , sihat ? ka demam ? almaklumla hari ni kan hujan. mana la tau sapa2 keluar tak bawak payung. tup tup demam :D hehe. hari nie just suka2 ja update blog. tak dak story yang best2 pown nak cita dalam blog yang sadis nie :/ so sad. . .

benda yang selalu student excited nak tau  lepas exam mestilah markah kertas periksa n dapat number berapa. macam NH ! excited nak tau siap check kat SAPS lagi. tunggu cikgu memang lama la. busy katanya :/





MY RESULT, (2013) SANGAT MEMALUKAN -_-
MY RESULT, (2014) ALHAMDULILLAH MENINGKAT :D
nampak tak perbezaan di atas tu ? tahun lepas, form 4 memang baloq liat (pemalas) sampai ranking menurun. tapi maintain dapat number 10 ke bawah kedudukan dalam kelas. tapi, form 5 nie dah tak kira dapat number 1 ka number last ka sebab yang most importan adalah gred A! kalau dapat number satu A nya keharam tak dak apa kejadahnya nak bangga, kan ? *kasar bahasa, haha* my bro said "alaaa... awal taun soalan senang, tu yang boleh score" dia tu memang! bukan nak bagi semangat. jeles habaq arr... kan? hehehe. tahun lepas kan rasa enjoy sebab bebas dari PMR. so, lahirla rasa malas yang membuak-buak *amboii ayat* form 4 memang rasa enjoy, tapi kalau kita malas nanti kita menyesal sebab subjek form 4 kan ada yang masuk dalam SPM :)

but, new year (2014) new dream :) i wanna prove that i can do better. for my sake and my future :D BI NH boleh score :) tahun lepas siap dapat anugerah matapelajaran terbaik lagi . haha *bangga* hehe. so, SPM NH tak risau la.kan wajib lulus BM, SEJARAH, BI(maybe) . SEJARAH ? NH memang lemah subjek tu. hurh ! walaupun exam kali nie dapat 72, NH tak konfiden :( mungkin sebab soalan dia senang kan. bab 1 , bab 2 , bab 3 ja yang masuk atau mungkin cikgu silap tanda. hahaha!BM NH boleh score jugak. karangan memang boleh buat. waktu belajar memang blurrr... cikgu bagi keja karangan suh hantaq buku NH la manusia last yang hantar. paling awal pown sebelum balik. dah malas sangat cikgu mintak hari ni esok atau minggu depan baru NH hantar. hehehe, TAPI ! bila exam. alhamdulillah...NH boleh buat :D

and. tadi crush NH lalu depan rumah :) terubat gak rindu kat dia. hari ni tak nampak dia langsung. malam baru nampak. petang tadi hujan, so dah sah2 yang dia tak main bola kan. apa ke gila nak main bola tengah2 hujan. tak pasai2 orang kata crush NH nie 'min nun ta alif lam' MENTAL. *jawi pown salah* haha tiru ayat jep sepahtu :) so, setakat nie ja la ye. memandangkan komputer dah dipebaik oleh mekanik tak diiktiraf merangkap abang NH, NH boleh la update blog selalu... yeeehaaa *joget jom joget* hehehe

BYE ! ADIOS AMITOS ! WASALAM (^_^)V 

p/s : love my capital R ! melting tadi tengok mR.monsteRmine@mR.monsteRjie <3 :* 

   

Sunday, 30 March 2014

I CRUSH ON HIM since 2011 :)

ASSALAMMULAIKUM bloggers :)

lama tak update blog !*hah! klishe* so, macam mana cuti sekolah seminggu ? best ? seronok ? pejam celik pejam celik esok dah sekolah :) tak sabar nak pi sekolah esok ! hahahaha -_- *sangat* so, memandangkan hari nie ada peluang nak update blog tapi takdak story nak mory kat sini, NH nak cerita sikit pasai NH punya CRUSH <3 aummmmm >.< nama dia REZA (bukan nama sebenar) tapi NH suka panggil die MONSTER JIE ! sebab perangai dia macam MONSTER yang suka kacau and mengata kat NH ! hihihihihi... 

sapa dekat sini ada crush ? *angkat tangan cepat!*setiap orang mesti ada kan, even budak form 1 yang baru nak UP sebelah NH nie pown ada . tak kan korang tak dak kan! bagi yang belum tau CRUSH tu apa,meh sini NH nak habaq. CRUSH nie sejenis binatang berkaki 4 hidung besar. haha *kidding* CRUSH nie someone yang kita minat/ admire dekat dia dalam diam2 . kebanyakkan GIRLS la yang ada CRUSH nie termasuk NH and budak sebelah NH nie, salwa (bukan nama sebenar)haha ! *dia angkat kerusi dah budak nie*

nak dijadikan cerita, NH minat kat dy sejak form 2 lagi dia form 5,sama umur ngan abang NH. lama kan NH minat kat dia, sanggup tunggu  dia, and yaaaa NH single sampai sekarang bukan sebab tunggu dia tapi tak minat kapel2 nie. NH pernah kapel last year ngan sorang mamat nie nama IMRAN (bukan nama sebenar) tapi terkantoi pulak ngan abang NH ! nasib dia tak marah, dia siap baca mesej NH ngan imran tu ! MALU taw dak. abang NH tak marah cuma dia nasihat ja suh cari pakwe yang elok sikit perangai. jangan cari yang suka ambik kesempatan , eheem2 faham2 je la ye :D so, NH kapel ngan dia pown tak sampai sebulan. sebab apa? dia buat perangai ka? nooooo.... bukan dia tapi NH sendiri, *hahaha, jahat tak?* NH yang mintak break, sebab dia ada adik angkat. perempuan mana yang suka kalau pak we depa ada adik angkat kan! lu pikir la sendiri bro ! mula2  adik angkat last2 terangkat jadi mak we angkat ! hurh ! lagi pown NH tak selesa la kapel2 nie, sikit mesej, buat buang duit ja. cuba la duit tu sedekah dekat masjid simpang sanglang ka, masjid kuala sanglang ka atau yang sama waktu dengannya... kan ? bila NH kapel ngan orang lain, NH still lagi ingat kat REZA, NH rasa bersalah .macam NH nie curang ngan dia. *tewww ayat !* haha... 

Serius NH cakap Reza nie la yang paling lama NH minat selepas sorang budak lelaki yang NH minat dulu masa form 1 *bila pikir2 balik rasa menyesal minat kat dia, ramai yang kata dia PLAYGROUP eh PLAYBOY -_-* Reza nie nak kata handsome boleh la muka dia macam...


REZKY ADITYA !!!!

tapi... itu dulu, sekarang hurmm... jauh panggang daripada api! dia dah tak se"handsome" dulu. dia sekarang chubby sikit. hehe,macam NH. hahaha, ramai cakap NH dah gemuk *sedih* macam REZA *happy balik* haha. kalau ada sinetron yang mamat atas nie berlakon memang NH tak pernah miss. sekarang nie kan kat ASTRO PELANGI ada SINETRON YUSRA DAN YUMNA yang dah ulang berapa ratus kali tah. walaupun cerita dia bosan tahap dewa,yang ulang benda yang sama kadan2 boleh buat kita gila dengan jalan cerita dia. NH tetap kentalkan jiwa semata2 nak tengok REZKY ADITYA yang muka dia sama macam reza ! and... dalam fon NH penuh gambaq reza ja.hew hew, setiap kali dia upload gambar dalam FB ! nie dia manusia pertama yang download letak dalam fon. *tepuk dada, bangga!* haha. even gambaq umah dia pown NH simpan! mampu kau! hahahaaha. yesss ! i'm a stalker :) just him okayyy 

boleh dikatakan setiap hari la *kalau ada moto* NH suka lalu depan rumah dia. heeeee... saja nak cuci mata. pepatah ada mengatakan "kalau dah suka kat seseorang tu,dapat tengok pintu rumah pown jadi la" haha. setuju sangat sapa yang cakap macam tu. at least boleh lepas rindu kan. hehe... tapi, yang tak best nya kadang2 dia ada kadang2 tak dak. dah macam chipsmore lak. heeee... tiap2 petang kalau tak mampu nak pi sampai rumah dia NH just pi ja kat tandop hujung sana. dia dok ada main wau ngan kawan2 dia. kadang2 dok kat CC belakang umah NH malam2 . pagi baru balik. dah macam burung hantu ! hurh! tiap2 petang dia suka main futsal, wahhhh part nie yang melting tengok cara dia main bola. so macho ! 

haaa.. semalam NH baru ja nampak dia lalu depan rumah. apa lagi usha panas lerr... kalau NH dok cakap telefon mesti dia akan tegur *haaa... keja cakap telefon ngan pak we* haha ! angau seminggu beb. haha , berbunga2 hati den. sapa yang tak syok kan kalau CRUSH dia tegur an ? part yang sedihnya, dulu dia ada awek, siap bersayang2 lagi dalam FB! perasaan NH waktu tu hanya ALLAH yang tau *tak la sampai menangis meraung bagai macam drama kat tb tu!* NH waktu tu just pikir "ohh... dah ada awek rupanya. baguslah semoga bahagia* and tanpa berfikir panjang NH terus unfriend ngan dia dalam FB *tak sanggup nak block. hehe*masa tu NH dok kat rumah mak NH kat SP, tak dak sapa lam rumah sempat la jugak menjerit kekecewaan ! haha. ~patah lah hati ku...merajuk lah diri~ FB pown NH jarang bukak waktu tu dalam sebulan rasanya. tak sanggup nak menanggung kesakitan.perhhh! and bila dah bersedia, baru NH beranikan diri nak bukak, bila bukak~ JENG~JENG~JENG~ dia ADD NH pulak ! wahhhh *berbunga2 hati den* tapi...wait2 dia dah break ngan awek dia YESSS ! *HAHAHA kejam gila NH * macam taw2 ja NH dok syok kat dia. tapi xkan kod dia tau kan. so, NH just think positive yang dia saja2 ADD bukan sebab nak "tackle" NH . whahahaahaha . so perasaan kamu NH! 

yang tak boleh blah lagi, bila Birthday NH tahun 2012 . waktu tu kawan2 NH prank NH baling tepung depan rumah NH, ( KIEYRA N FATEN) boleh pulak mamat tu lalu, paling cannot go dia boleh pulak gelak. masuk2 rumah tengok cermin terus "YA ALLAH muka aku ! buruk gilerrr ! hantu tepung!! malu arghhh!!!" *sembunyi muka dalam selimut* hehe. tahun lepas NH ada la buat kenduri sikit2 untuk birthday NH, tak sangka dia mai ! yesss ! pakai baju sama kaler pulak tu BIRUKUNING , Mula2 ingat tak mai dah tunggu punya tunggu mai gak, dia la yang paling lewat mai. buat suspen ja! siap usha beb waktu tengah makan.hewhewhew.

todiaaa,,, entry kali nie paling panjang kod. dah macam karangan tingkatan 5 format SPM lagi. haha, sikit lagi nak story. paling NH suka bila NH pakai baju sama kaler ngan dia <3 and dia senyum kat NH ! automatic NH akan nyanyi lagu ~alangkah gem...bira hati~ lagu yang jep suka nyanyi. hehe ! so, dah penat menaip entry yang bapak panjang nie. NH nak layan OPERA VAN JAVA kejap . nak release tension.haha, so bye ! love my MR MONSTERMINE CAPITAL R <3


WHEN YOU HAVE A CRUSH ON SOMEONE,
YOU NOTICE EVERY SINGLE DETAIL ABOUT THEM,
NO MATTER HOW SMALL.
AND WHEN THEY DO SOMETHING FOR YOU,
YOU FEEL SO TOUCHED,
NO MATTER HOW SIMPLE IT WAS :)

SETUJU SANGAT !!!! HEHE bye ADIOS AMITOS ! :)

Saturday, 22 March 2014

Kerja Kursus Seni yang sangat meng-stresskan :(

ASSALAMMUALAIKUM :(

hai ! *update blog sambil layan karoot komedia x*
nampak tak muka sedih atas tu ? haaa, nie yang nak habaq nie. budak atas nie stress ngan kerja kursus seni, tuisyen, homework and... hurmm. macam2 !

sebelum tu, mari kita sama2 doakan keselamatan kawan NH ABID SYAMIL yang akan menjalankan pembedahan pada hari ni , AL-FATIHAH. dia kena bedah sebab jantung dia masuk air dan paru2 ada ketumbuhan, NH tak sempat nak melawat dia sebab dia dah kena transfer pi hospital kat penang, harap dia cepat sembuh dan boleh ambik SPM tahun nie, aminnn... :)

NH, DEQJAR AND ABID
bercakap pasai kerja kursus seni pulak, NH baru siap lekat2 gambar dalam folio. sekarang nie NH dalam proses nak melukis, pas tu buat model. wahhhh ! memang stress lah, dengan tuisyen tiap2 hari. genaaa tu ? :'( tadi NH pi tuisyen cikgu tolong la sikit2, bagi tau cara2 nak buat, dia punya plan, konsep lanskap bagai . kawan2 NH ada yang ambik tugasan buat tabung. NH sorang ja la yang ambik tajuk lanskap sebab depa cakap tajuk nie bapak susah !

Kelas start pukul 8 pagi sampai 10 pagi, bangun lewat punya pasai sampai tertinggal pencil box ngan helmet ! haha, makan tak yah cakap la memang tak sempat. nak cepat kan. esok pulak ada tuisyen BI kat kangar. huaaaa... sampai jumaat la tak ley rehat. petang kena buat kerja kursus ! malam nak tengok tv ! hahaha , sabo je lah jah ! dah la 2 hari tak nampak crush, rindu tahu tak ! *eh bukan kemarin dah nampak dia main bola ka ? hehe, melting gila tengok cara dia main bola, kasut dia bapak smart! jeles tak boleh beli. mahall kau tahuuu.. haha * merepek sudah...

okayy,, NH target cuti sekolah nie kerja kursus NH dah siap untuk yang lukis2 punya tu. alaaa... yang lukis dia punya plan konsep. kena lukis pokok2, hiasan lanskap and what so ever !


PENCIL BOX YANG MERAH TU BUKAN YANG NH OKAYY, YANG KAWAN NH >.<


my folio , sangat tak kemas !



Nie la group yang ambik tajuk buat tabung tu , rajin kan depa. hehe
layan youtube ngan FB ja yang lebih :P KANTOI !



so, setakat nie je ! nak continuee I punya homework yang tinggi bak gunung everest  kata ko ! nanti kalau ada masa , ada tenaga ada laptop NH update lagi lah ye.bye2 !

ADIOS AMITOS , BONJOU :) 
#PRAY FOR  MH370 :)

Friday, 21 March 2014

Story si mangsa SPM 2014

holla , assalammualaikum :)

lameww  tak hapdate  blogg I nie ! so miss my blogg *ayat gedik,mohon lempang budak nie laju2* haha ! so haii ! sebelum tu... *duduk atas bukit sambil jerit*...

YEAYYYY !!!CUTI WOII CUTI ! HAHAHAHAHAHAHA!

tapi, itu hanyalah ayat untuk budak2 form 1-4 sahaja :(,bagi kakak-2 dan abang-2 form 5 nie ... REDHA JE LAH ! cuti macam tak cuti , tuisyen memanjang. setiap hari pulak tu,huuaaaaaaaaa *lap air mata* macam ni rupanya perasaan kakak2 dan abang2 form 5 yang lepas2 , so streesssss...ahaks ! baru nak rehat kat rumah tup2 tuisyen lah pulak -_- *sabar je lah NH*phewww 

NH bukannya nak mengeluh ka apa, tapi penat ja *eh macam sama jew* heeee, kan best kalau cuti ja tak dak tuisyen, homework,and so what ever , baru boleh enjoy kan . haha ! pemalas bebenor budak nie. bila NH mengadu kat mak NH , she said "alaaaa... tahun nie je u'oll nak study, SPM cek oiii SPM, bukannya UPSR. *sambil potong bawang* " haha ! memang padu la advice mak NH nie. bila mengadu kat my dad... "pulun noh, tak dapat sijil aku  bagi hang menikah " haaaaaa.... todiaaa ! lagi padu ! terbaikk encik MAT SERI punya nasihat. hahahaha...

so, the moral of the story is belajar la sungguh2 sampai boleh masuk UNIVERSITI dan dapat membanggakan ibu bapa anda ya kawan-2 :)*kenyit mata* so, esok sabtu ! esok NH ada tuisyen SENI , and bercakap pasai seni, tak tau pulak yang seni pown ada kerja kursus untuk form 5  *ketinggalan kau jah!* untuk seni NH ambil tugasan 1, buat model landskap balkoni rumah pangsa, and NH la the  only one student form 5 yang buat tajuk tu , *bangga seketika* haha, tapi... cikgu macam tak support ja :( huhu, siap tanya lagi "kamu betul ka nak ambik tajuk nie ? susah nak buat model dia tau dak" see? kod nak kasi support  kat kita yang excited nak buat tajuk tu. hurh ! kebanyakkan kawan2 NH pilih tajuk sarung buku la yang paling senang, NH bukan tak mau ambik tapi tak minat. apa salahnya ambil tajuk yang susah2 sikit kan, kan tahun nie last. *confident habis kau!*

kawan2 NH siap tanya "hang biaq betul hanis  oii, tajuk nie susah kod, sat g menyesal baru hang tau" wei hampa tak bagi semangat langsung kat aku .:( sedihhh. kalau NH tak confident buat apa NH nak ambik tajuk tu, sebab NH confident boleh buat la, and cikgu kata kena rajin la kalau nak buat tajuk  tu, jangan nak buat  hangat2 tahi ayam ja :) 

haaa... NH sekarang nie dalam proses nak buat novel, just untuk suka2, baru siap bab 2 :( susah nak olah cerita dia. nak tulis pulak kena ikut mood, kalau mood ok seronok la nak menulis. tapi kalau mood down nampak pen pon rasa menyampah >.< kalau NH ada masa NH post dekat entry yang akan datang k :) dalam pada kesibukan nak menunggu ketibaan SPM yang sangat tertekan, ada kegembiraan tau tak *aiceehh ayat bukan main* hehe, awal bulan 5 nie NH na pergi lawatan ke Taman Negara kat Pahang :) boleh release tension sikit , memang lambat lagi sebab sekarang baru bulan 3,pejam celik pejam celik dah bulan 5 . tadaaaaa pahang mung tunggu aku datang ! hahaha

and, esok maybe NH nak daftar lesen :) sebenarnya malas gila nak ambik lesen nak kumpul duit beli handfon baru. dah bohsan guna corby !hurh. *nampak sangat yang NH nie tak bersyukur kan* nie nak habaq mai la sat noh, dulu waktu darjah 5 kalau tak silap, baru beli handfon 3310 yang lampu hok kaler biru tu seronok tak sangga melompat sampai ke syiling and sanggup tak pi sekolah semata2 nak main game ular dekat fon tu. hahaha! bila ingat balik rasa nak tergelak sorang2, XD tapi sekarang nie nak jumpa orang yang guna 3310 pown susah nak habaq mai, budak tadika yang hingus meleleh pon dah pandai main i-pad okayy. maju tak MALAYSIA ? hah ! kami dulu-2 mana main i-pad, main pondok2 je pown ngan kawan-2. ye dop ? hahaha. okayy dah melalut dah nie -_- mak NH la yang suruh NH daftar lesen dulu, nanti senang nak pi kerja sementara tunggu result SPM, so terpaksalah batalkan niat nak guna SAMSUNG GALAXY NOTE 2 sekejap ! huwaaaaaa :'( 

okayyla... setakat nie je la entry NH kali nie :) nak sambung buat kerja kursus seni and homework yang bertimbun-timbun dalam beg tu :O bye :*

ADIOS AMITOS , BONZOU :)

Thursday, 27 February 2014

Hai guys ! Meet my friends :)

ehem..ehem

Anak dara tercekik halkum , assalamuaalaikum ! 
haaaaa. . . nampak, pantun tuee. hehehe

okayy, nampak tajuk entry kali nie ? yeaahh "meet my friend" hari ni terajinnn nak update pasal kawan2 NH :) orang cakap kawan ketawa senang dicari,kawan menangis tiada siapa yang sudi. eh ? macam lain ja ? o.O hah ! tak pe , bukan nak update pasal peribahasa2 melayu,just nak cakap kawan2 NH nie ibarat macam CERMIN, kita ketawa dia ketawa,kita menangis dia menangis. haaaaa... perumpamaan yang baru. haha! maksudnya kawan2 NH susah senang kami bersama, :')

sebelum NH melalut tak tentu hala *dah lari dari tajuk pulokk* NH nak kenalkan semua kawan2 NH. . . calon-calonnya :

KIEYRA NAZRI
haaa... nampak tak ? comel tak ? kieyra nie NH kenal dari sekolah rendah lagi, waktu NH form 3 NH pergi sekolah ngan dia, sekarang nie tak la, sebab kieyra dah duduk hostel :( dia kelas Aliran Sains NH Aliran Akaun , *ambik akaun tapi nak jadi peguam, tak haru ke *hehe perangai kieyra nie so far dia baik, pandai jaga rahsia, dia la orang pertama yang tau pasai CRUSH NH :)berminat ? tak boleh, sebab dia dah di"taken" oleh someone special katanya ! sorry please try yang lain :D jangan risau ada lagi, jom scroll kat bawah ^_^

 WAWA AMIR
 yang si wawa nie pulak NH kenal dia sejak dia pakai lampin lagi, dari kecil la maknanya , dia nie muda 4 tahun dari NH. kira pangkat adik2 la dia nie tapi kami main panggil aku-hang ja. haha ! nak panggil adik-kakak rasa macam nak muntah pon ada :O dia duduk sebelah rumah NH ja,kalau nak ajak pi merended(meronda) NH ajak dia. berminat ? pon tak boleh sebab dia nie bawah umur. baru 13 tahun, tak kenal lagi erti percintaan. jangan risau ada lagi , scroll ke bawah !

 
IEKAH ADRIANA
yang comel2 nie, iekah :) NH kenal dia dari sekolah rendah jugak, tapi form 2 baru rapat sebab satu kelas (2KPG)kami memang sekepala , pi tuisyen sama2,ketawa bersama. haha, iekah nie memang kuat gelak , dan ramai peminat . dia kan omeyyy :D berminat ? NH tak pasti status dia sekarang nie, single or taken. 

AWANI QALISH
 wen pulak NH kenal dari tadika lagi, wen nie pelik sikit perangai dia. kadang2 okay, kadang tak okayy. . . kadang2 tu kalau mai tang angin gila dia keja gelak ja, mai tang angin tak elok dy, sekali ngan pak cik gat jaga pintu pagar pown dia jeling >.< tapi dia memang best :) NH pergi sekolah ngan dia tiap2 hari naik moto :D 

IEDAYAH AFINA
 DAYAH ? HURMM... NH kenal dia waktu form 2, dia pindah mai sini. mula2 NH nampak dia ingatkan jenis sombong, pendiam. tapi, sekepala ngan NH jugak. . . haha 

EYLA EZARA
 elaina cool ja perangai dia, :D dah ada pak we yeeee, (jangan kau coba nak mencoba mengorat dia) "pesan pakwenya"Tapi sekarang dia dah single, kalau nak ejas la sendiri :P, hehe ! eyla nie classmate NH okayy, kami memang rapat :)

ERAH ARIANDANIA
erah seorang yang pendiam, tapi dalam diam ada la sesuatu keistimewaan dia. nak tau apa dia ? ada arrr. . . hehehe. erah nie comey tau :D tak caya tanya mak dia . single or taken tak tahu lah , try search kat google, dapat tak. hahaha

FATIN AQIEYRA A.K.A BAWANG haha !
bawang nie pulak jenis yang banyak cakap, kuat makan, kuat kacau orang termasuk NH. baru2 nie kami masuk dalam makmal NH dok tepi dia memang tak larat nak marah sebab dy rajin kacau NH >.< sabar ja la, hurh! pasai pa paggil bawang ? haha, NH yang bagi "tittle" nie kat dia. sebab masa first time NH jumpa dia rambut dia macam bawang ! haha >.< sorry noh ateyn cayang, jangan marah ye, nanti aku belanja main CC...dia dok kelas C (5 SASTERA) budak2 kelas C cakap kalau dia tak mai sekolah sunyi kelas , tak berseri katanya... berminat ? errr... entahla 

NOR SYAMIM IZZATI BT BASARUDDIN A.K.A MIMAYS RIMA
 mim... mim nie memang comey ooo, perangai dia lagi gila2... kalau dok tepi dia memang tak kering gusi. keja gelak ja. cara dia gelak sejibik macam hantu kataa ko. kalau bab bab bergambar serah kat dia, dia memang kami bagi gelaran "minah kodak". hehe


 DEQJAR QUENADA

 dekja ni lak kecik orang nya, tapi comel :) pendek ja,kalau jalan ngan NH orang ingat dekja ni adik NH. dia nie kalau gelak memang kalah puan pontianak >.< yang nie NH yakin 100% dekja nie single-mingle, berminat tackle sendiri yee ! heeeeee

NURFATIHAH BT OTHMAN A.K.A TEHAH
 tehah nie tahap kesportingan dia memang tahap dewa, dia memang ikhlas kawan ngan orang n bila tolong orang. pendek kata memang perfect la kalau nak buat calon bini ka, hehe. 

BUDAK2 LELAKI 5BETA
dari kiri, hafiz chicharito@hafiz razali, fitri zaidi @ p3, nabil harun, nasiruddin, wan, hafizuddin ! nasiruddin tu dah pindah so tinggal 5 je la lelaki dalam kelas NH, tapi ada budak baru (lelaki) 2 orang amin n hairil (tiada dalam gambar)depa nie NH anggap macam bestfriend NH ja, sebab depa memang sporting gila :D tambah2 si hafiz tu, dalam kelas keja nyanyi ja , hahaha.

ALIFF SHAHIR DAN ABID SYAMIL
 yang mamat handsome (handsome ke ?) atas nie budak kelas c aliff nie suka kacau orang,mengata kat orang, menyakat orang, perasan baguz,perasan handsome. haha, (aku kutuk hang kaw kaw punya mat alip) abid pulak budak baru (pindah tahun lepas) berminat ? sorry, dua dua dah berpunya. :/

so... kalau nak diikutkan memang banyak la BFF NH nie. tapi kalau NH letak semua alamatnya malam raya baru habis kan. *menguap* sekarang dah pukul 10.00 , nak layan karoot komedia x 2 ! nak tengok abam jep ! hehe, so... NH nak sajikan korang gambar2 NH dengan kawan2 NH yang lain. akhir kata ENJOY ! kita roll vt , BYEEE !!!

adios amitos , peace yow!




 P/S : yang nie je la yang sempat di upload, masa tak mengizinkan . (malas sebenarnya) haha. bye2 :* *duduk depan TV sambil makan kepok lekor* melting tengok JEP SEPAHTU :D







  
 

Jom Kenal siapa NURUL HANIS

so , hai guys ! 

my name is NURUL HANIS BT MAT SERI , wait2. . . mesti korang tertanya-tanya mai mana nama 'Nadzri' tu. hehehe ! tu nama jep Sepahtu, saja gediks2 nak letak. heeeee >.< okay ! this year NH(nurul hanis) ambil SPM *lap peluh* , takut sangat2 :( sebab tahun nie kena wajib lulus SEJARAH and BM . BM tak pe NH boleh score, SEJARAH ?! oh mai, dah la NH nie tak minat sejarah, kalau cikgu masuk ja mula la aura mengantuk dia mai , huhu . terokk kan perangai :/ hurh ! tapi, NH akan usaha sampai boleh skor A !! (confident habess kauu !)
okayy, NH dilahirkan di Kampung Lengkuas,Kedah tapi stay dekat Kuala Sanglang,Kedah Tapi sekolah dekat SMK SANGLANG PERLIS . pelikk ?
tak payah pelik, rumah NH memang dekat sempadan KEDAH/PERLIS . haha !

NH anak kedua daripada 2 adik beradik (bongsu lerrr), NH ada abang sorang, (partner untuk lepaskan geram)haha ! Nak gitau apa lagi nie ? ketandusan idea dehh ! *garu kepala* okayy lah nak gitau artis kegemaran , apa ? tak mau tau ? nak gitau jugak ! haha, NH minat sangat sangat sangat dekat JEP SEPAHTU ! sebab dia handsome ! dia lawak ! dia kasar tapi ada kelembutannya . . . ceeewaaahhhh ! haha , kalau tanya kawan2 NH depa minat sapa, kebanyakkan akan jawab IZZUE ISLAM, FATTAH AMIN, AZLEE KHAIRI and what ever. NH bukan tak minat abang2 handsome lagi cool nie, tapi NH lebih minat dekat jep ! haha. kawan2 NH mesti akan cakap dekat NH "hang minat kat dia pasaipa, bukan hensem pon" and automatic NH akan jawab "mampoih p kat aku arrr, bukan kalut ngan hampa" haha !

so, setakat je la kodd. NH nak continue Decorate blog NH bagi lawa lagi meleTOP gituuu . . . so bye2 :D

adios amitos ! peace yow 
Copyright© All Rights Reserved loveletterformycrush.blogspot.com